Just another WordPress.com site

Mad Badal adalah Mad Far`ie yang disebabkan hamzah tetapi hamzah di sini adalah mendahului huruf mad. Huraiannya seperti berikut:

1.1 PENGERTIAN

Dari segi bahasa badal bermaksud tukar , iaitu pertukaran hamzah kepada huruf mad.

Dari segi istilah, mad Badal bermaksud huruf hamzah yang bertemu huruf mad dalam satu perkataan.

1.2 CONTOH

Hamzah bertemu alif ءَادَمَ (البقرة: 31) ءَامَنَ (البقرة: 13)
Hamzah bertemu wau أُوتًواْ(البقرة: 101) َواُوذُوا (ال عمران:195)
Hamzah bertemu ya’ إِى( يونس:53) إِيمَنًا(ال عمران:173)

1.3 KADAR HARAKAT

Mad Badal boleh dipanjangkan 2 harakat sahaja di sisi Hafs `An `Asim.

1.4 HUKUM MAD BADAL

Hukum Mad Badal adalah yang Jaiz (harus) kerana ia harus dibaca dengan 2 harakat di sisi ulama Qurra’. Walaupun di sisi Hafs An `Asim dan kebanyakan Qurra’, ia dibaca dengan 2 harakah sahaja tetapi ada riwayat yang membacanya dengan 2, 4 atau 6 harakat seperti riwayat Warsh melalui aliran Al-Azraq. Oleh kerana perselisihan pendapat dalam menentukan kadar harakat inilah, ia dihukumkan sebagai Jaiz iaitu mad yang harus.

1.5 TANDA MAD BADAL

Mad Badal dapat dikenal dengan melihat huruf hamzah yang bertemu huruf mad  dalam satu perkataan sama ada di awal, pertengahan atau akhir sesuatu perkataan. Sedangkan mad asli ialah huruf mad ynag didahului dengan huruf-huruf selain Hamzah.

1.6 PENAMAAN

Dinamakan Badal yakni tukar kerana huruf mad yang datang selepas huruf hamzah itu adalah ditukar dari huruf hamzah yang sukun. Ini kerana, dari segi tatabahasa Arab, pada asalnya terdapat dua hamzah yang bertemu dalam satu perkataan, hamzah pertama berbaris dan yang kedua sukun. Dengan sebab itu ditukarkan hamzah kedua menjadi huruf mad berpandukan baris yang ada pada hamzah pertama.

Jika hamzah pertama berbaris fathah, maka ia ditukar kepada huruf alif seperti :

ءَأْمَنَ  ditukar menjadi        ءَامَنَ

Jika hamzah pertama berbaris dhommah, maka ia ditukar kepada huruf alif seperti :

اُؤذُوا   ditukar menjadi   اُوذُوا

Jika hamzah pertama berbaris kasrah, maka ia ditukar kepada huruf alif seperti :

إِئْمان   ditukar menjadi     إِيمان

Pertukaran ini dibuat kerana sukar melafazkan dua huruf yang sama, dalam keadaan huruf keduanya sukun. Walau bagaimanapun. Pertukaran itu tidak kelihatan pada tulisan, ia berlaku pada asal hakikat perkataan itu sahaja, kerana itulah mad badal itu kelihatan sama bentuk penulisannya dengan mad Asli.

KEADAAN-KEADAAN MAD BADAL

Mad Badal itu ditemui dalam beberapa keadaan, semasa ibtida’, wasal dan waqaf seperti berikut: (1)[1]

1       Mad Syibhul Badal

Terdapat beberapa perkataan yang menyerupai Mad Badal dan dinamakan Syibhul Badal (menyerupai Badal ) seperti :

مُّتَّكِـِٔينَ

(الكهف:31)

رَءُوفٌ

(التوبة: 117)۬

قُرۡءَانَ

(الإسراء: 78)

إِسۡرَٲٓءِيلَ

آل عمران: 93)

فَآءُو

(البقرة:226)

لَأَتٍ۬‌ۖ

(الأنعام: 134)

Perkatan-perkataan yang dikira Shibhul Badal (menyerupai Mad Badal) kerana ia bukan berasal dari dua hamzah yang bertemu dalam satu perkataaan seperti Mad Badal yang asal. Akan tetapi, huruf mad pada Syibhul Badal ini adalah huruf mad yang asal, bukan yang ditukar dari hamzah. Para qurra’ tidak menamakan perkataan-perkataan ini dalam Mad  Asli, tetapi menggelarnya Mad Syibhul Badal kerana kedudukan huruf mad yang didahului dengan hamzah pada tulisan.

Adalah sukar untuk membezakan antara Mad Badal dan Mad Syibhul Badal. Ini kerana, bagi seseorang yang tidak mengetahui kaedah tatabahasa Arab, sukar baginya untuk memastikan manakah perkataaan yang huruf madnya ditukar dari hamzah (Mad Badal) dan perkataan yang huruf madnya adalah huruf yang asal (Mad Syibhul Badal).

Para Qurrra’ juga tidak membezakan antara kedua-dua mad ini dalam membahaskan Mad Badal yang `Aridh Lis Sukun. Tidak kira ia berasal dari alif yang ditukar (Mad Badal) atau alif yang asal (Mad Syibhul Badal), kedua-duanya dikira sebagai Mad Badal` Aridh lis Sukun. Imam Warsh yang mengharuskan bacaan 2, 4 dan 6 harakat bagi mad ini, juga tidak membezakan antara Mad Badal (alif yang ditukar)  atau Mad Syibhul Badal (alif yang asal), bahkan mengizinkan kedua-duanya dibaca dengan 2, 4 dan 6 secara ibdal[2]

Apa yang hendak dijelaskan di sini ialah, tidak kira sama ada mad itu badal (alif yang ditukar dari hamzah)  atau Mad Syibhul Badal (alif yang asal) kedua-duanya adalah dari golongan Mad Badal yang dibaca secara ibdal dengan dua harakat, tanpa perlu membezakan antara mana satu Syibhul Badal dan mana satu yang badal.

Walaupun pada zahirnya mad badal kelihatan seperti Mad Asli, ia tetap tergolong dalam mad far`ei, kerana Mad Asli adalah sesuatu yang semula jadi tanpa sebab. Mad Badal pula adalah Mad  Far`ie (berlaku dengan sebab) kerana ia terbentuk hasil daripada pengulahannya dari hamzah.

I. Pada permulaan perkataan (Ibtida’)

Terdapat beberapa perkataan yang dibaca dengan ibdal iaitu secara Mad Badal, iaitu menukarkan hamzah kedua kepada huruf mad dan dibaca panjang 2 harakat pada perkataan seperti berikut:

ٱئۡتِ(يونس:15) ٱئۡذَن (التوبة: 49) ٱئۡتُونِى (الحقاف :4) ٱؤۡتُمِنَ (البقرة: 283)

Bagi perkataan seperti di atas, jika dimulakan bacaan dari perkataan tersebut, maka hendaklah ditukarkan hamzah yang sukun itu kepada huruf mad, bergantung kepada rumah Hamzah itu. Bagi perkataan  ٱؤۡتُمِنَ, di mana rumah rumah hamzahnya adalah wau maka ia dibaca dengan أُوتمن secara ibdal, iaiti ditukar kepada wau yang mad 2 harakat. Bagi perkataan ٱئۡتُونِى pula, dimana rumah hamzahnya adalah ya’, maka ia hendaklah dibaca dengan  إِيتوني  secara ibdal, iaitu ditukar kepada ya’ dengan 2 harakat. Tetapi jika dibaca wasal dari perkataan yang sebelumnya, huruf hamzah itu disukunkan bacaannya dan huruf hamzah wasal itu pula diabaikan seperti:

فَلۡيُؤَدِّ ٱلَّذِى ٱؤۡتُمِنَ أَمَـٰنَتَهُ (البقرة: 283)

أَمۡ لَهُمۡ شِرۡكٌ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ‌ۖ ٱئۡتُونِى بِكِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ هَـٰذَآ (ألأحقاف:4)

Perkataan-perkataan seperti di tas tadi adalah perkataan yang menggunakan konsep Ibdal (tukar) yang sebenar-benarnya bagi mad badal. Pembaca mestilah mengetahui cara menukar sendiri hamzah tersebut, tanpa boleh bergantung semata-mata kepada apa yang tertera di dalam penulisan A-Quran.

II. Mad Badal bertemu dengan hamzah dalam satu atau dua perkataan.

Jika huruf hamzah bagi Mad bAdal itu bertemu dengan hamzah yang lain dalam satu atau dua perkataan, ia akan bertukar menjadi mad yang lain seperti contoh-contoh berikut:

بُرَءَٲٓؤُاْ مِنكُمۡ

(الممتحنة: 4)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad Muttasil
رَءَآ أَيۡدِيَہُمۡ

(هود:70)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad Muttasil jika dibaca wasal

III. Mad Badal bertemu dengan sukun dalam satu perkataaan.

Jika huruf hamzah bagi Mad Badal itu bertemu dengan sukun dalam satu perkataan, ia bertukar menjadi jenis mad yang lain seperti contoh-contoh berikut:

a ءَآمِّينَ

(المائدة: 2)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad Lazim Kalimi Muthaqqah dengan panjag 6 harakat
b ءَآلۡـَٔـٰنَ

(يونس: 51)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad lazim Kalimi Mukhaffaf dengan panjang 6 harakat
c حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

(آل عمران:14)

Mad Badal di sini bertukar menjadi Mad`Aridh Lis Sukun dengan panjang 2, 4, atau 6 harakat.

Pertukaran jenis mad pada kedu-dua ini berlaku kuatnya sebab sesuatu mad itu, berbanding Mad Badal itu sendiri berdasarkan taham sesuatu mad itu. Di mana sebab hamzah dan sukun iti adalah lebih kuat dari sebab ibdal itu sendiri, maka dengan sendiri sebab ibdal itu lenyap dan sebab hamzah dan sukun itu yang ditunaikan dalam bacaan.


[1] Al-Marsofi, Abdul Fattah, kitab  هداية القاري    jilid 1,ms 333-335

[2] Ibdal bermaksud membaca hamzah sebelum huruf mad yang ditujar itu dengan 2, 4 dan 6 harakat mengikut Qiraat masing-masing.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: