Just another WordPress.com site

MAD LAZIM KALIMI MUTHAQQAL (المد اللازم الكلمي المثقل)

1.1 PENGERTIAN

BAHASA :

Lazim

-Perkataan ‘Lazim’ merujuk pada hukum pemanjangannya. Ia dinamakan demikian kerana para Qurra’ telah bersepakat dalam pemanjangan mad-mad lazim dengan satu keadaan sahaja iaitu 6 harakat.

-Perkataan ‘Lazim’ juga bermaksud sesuatu yang lazim atau asal.

-Perkataan ‘Lazim’ juga bermaksud adanya sukun lazim, iaitu sukun yang tetap pada asal, yang kekal pada keadaan wasal dan waqaf. Ia merupakan lawan kepada sukun ‘aridh pada mad-mad ‘aridh di mana sukunnya bukan sukun yang asal, tetapi dibuat demikian kerana mewaqafkan bacaan.

Kalimi

-Bermaksud satu perkataan. Di sini ia bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu perkataan.

Muthaqqal

-Berat. Untuk makna disini, ia membawa maksud sesuatu yang diidghamkan.

ISTILAH :

-Pertemuan huruf mad dengan sukun asli (sukun pada asal) dalam satu perkataan disertai idgham.

1.2 CONTOH-CONTOH

Alif Wau Ya’
ولا الضالين أتحاجوني Tidak terdapat dalam Al-Quran

1 ) Contoh untuk wau hanya terdapat satu sahaja dalam Al-Quran.

1.3 PENERANGAN

Kita akan mengambil contoh huruf mad alif bertemu dengan sukun asli dalam satu kalimah. Perkataan yang selalu disebut oleh kita di dalam sembahyang iaitu (ولا الضالين).

Pada contoh ini terdapat huruf mad yang bertemu dengan sukun asli dalam satu perkataan beserta idgham.

Ini kerana huruf mad pada perkataan  الضالين bertemu dengan sukun asli yang terdapat pada huruf lam pertama, kemudian huruf lam pertama diidgmkan (digabungkan) pada huruf lam kedua.

Asal kalimah :

(الضا للين)

Kedua-dua huruf lam dan sukun asli (kalimah asal) tersebut tidak kelihatan pada tulisan, tetapi ia wujud pada sebutan dan ia dapat diketahui dengan adanya tanda syaddah (sabdu) sebagai ganti pada lam pertama itu dan sukun itu pula dapat dipastikan dengan adanya suara yang tertahan sebelum menyebut lam pertama yang berbaris kasrah itu.

Tanda sabdu menunjukkan adanya dua huruf yang serupa diidghamkan (digabungkan) bersama, huruf pertama adalah sukun dan huruf kedua adalah berbaris. Oleh kerana sukar hendak diasingkan kedua-dua huruf ini maka ia diidghamkan dan ditandakan dengan sabdu (syaddah).

Berkenaan dengan jenis idgham yang berlaku dalam Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ini adalah idgham muthamathilain yang bermaksud gabungan dua huruf yang serupa. Oleh kerana idgham itu berlaku pada satu perkataan maka satu huruf sahaja yang ditulis dan yang satu lagi digantikan dengan sabdu (syaddah).

1.4 KADAR HARAKAT

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ini dibaca dengan pemanjangan enam harakat sahaja, tanpa pilihan.

1.5 HUKUM BACAAN

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah mad yang Lazim iaitu tetap atau mesti tentang hokum pemanjangannya. Ia tidak harus dipanjangkan dengan kadar-kadar yang lain. Ini kerana telah sepakat para Qurra’ dalam pemanjangan mad ini dengan satu ketetapan sahaja iaitu 6 harakat.

1.6 TANDA MENGENAL

Mad ini dapat dikenal dengan melihat huruf mad yang diikuti dengan tanda sabdu selepasnya. Di atas huruf mad itu pula terdapat tanda panjang seperti pedang yang dapat diperhatikan pada contoh-contoh tadi.

1.7 SEBAB-SEBAB DINAMAKAN MAD MAD LAZIM KALIMI MUTHAQQAL

Dinamakan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal kerana sesuai dengan hukum mad dan sebab berlakunya mad ini. Di mana perkataan Lazim bermaksud hukumnya yang lazim dan kerana adanya pertemuan huruf mad dengan sukun asli. Kalimi pula kerana pertemuan itu berlaku dalam satu perkataan. Muthaqqal pula bermaksud berat yakni berat sebutannya kerana pertemuan itu disertai idgham (gabungan).

MAD IWADH مد العوض

Mad ‘Iwadh adalah juga digolongkan dalam Mad Asli, di mana ia adalah Mad Asli yang berlaku ketika waqaf (memberhentikan bacaan).

1.1 PENGERTIAN

BAHASA :

‘Iwadh bermaksud ganti.

ISTILAH :

‘Iwadh dari segi istilah bermaksud Mad yang dibaca 2 harakat sebagai ganti kepada tanwin fathah (baris dua di atas) ketika diwaqafkan.

1.2 CONTOH-CONTOH

{وكا ن الله عليما حكيما }(النساء : 17 )

{إن الله كان عفوا غفورا } (النساء : 43)

Perkataan حَكِيمًا, Hakiman baris dua di atas dibaca dengan Hakimaـــ dengan baris satu di atas, beserta Mad Asli 2 harakat, ketika waqaf. Begitu juga dengan غَفُورًا dibaca dengan Ghafuraـــ dengan 2 harakat.

Termasuk dalam mad-mad ini juga ialah perkataan seperti :

( والسماء بناء وأنزل من السماء ماء) البقرة : 22 jika waqaf dibaca بناء، ماءا
(وزدناهم هدى) الكهف :  13 jika waqaf dibaca هُدَا
(إلى أجل مسمى) النحل : 61 jika waqaf dibaca مُسَمَّا
(كلا لإن لم ينته لنسفعا، باالنصية) العلق : 15 jika waqaf dibaca لَنَسْفَعَا

1.3 SEBAB-SEBAB DINAMAKAN MAD ‘IWADH

Dinamakan ‘Iwadh bermaksud ganti, kerana penggantian yang berlaku pada baris tanwin fathah (dua di atas) ketika waqaf. Tanwin itu digantikan dengan bacaan baris fathah (satu di atas) beserta kadar panjangnya 2 harakat. Hanya tanwin fathah sahaja yang boleh dibaca panjang 2 harakat ketika waqaf.

1.4 ENAM PERKATAAN DALAM AL QURAN YANG MEMAKAI SIMBOL TEGAK (ْ)

Terdapat 6 perkataan dalam Al-Quran yang dikira sebagai mad asli ketika waqaf. Perkataan-perkataan ini disertai dengan tanda bujur tegak (ْ) di atas huruf madnya seperti dalam ayat berikut.

i.            Perkataan seperti أنا  seperti :    قال أنا أحي وأميت (البقرة : 258)

ii.            Perkataan seperti  لكنا seperti :  (الكهف : 38) لكنا هو الله ربي

iii.            Perkataan seperti الظنونا seperti : (الأحزاب :10 ) وتظنون بالله الظنونا

iv.            Perkataan seperti الرسولا seperti :أطعنا الله وأطعنا الرسولا (الأحزاب : 66)

v.            Perkataan seperti السبيلا seperti : فأضلون السبيلا (الأحزاب : 67)

vi.            Perkataan seperti قواريرا seperti :  وأكواب كانت قواريرا (الإنسان : 15)

Keenam-enam perkataan yang bertanda symbol bujur tegak ini menunjukkan bahawa :

- Tidak dipanjangkan bacaannya ketika penyambungan bacaannya (wasal).

- Dipanjangkan bacaannya dengan kadar Mad Asli 2 harakat ketika         memberhentikannya (waqaf).

6 perkataan ini hanya terdapat di satu tempat sahaja di dalam Al-Quran dan ada yang ditemui di beberapa tempat.

1.5 PERHATIAN

Berikut adalah 2 permasalahan yang dikecualikan dari permasalahan Mad ‘Iwadh. (Waqaf dengan 2 harakat)

i.            Perkataan سلاسلاا pada ayat 4 surah Al-Insan :

أعتَدنَا لِلكَافِرِينَ سَلَاسِلَا وَأَغلَالًا وَسَعِيرًا (ألإنسان : 4 )إِنَّ

Didapati memakai tanda bujur serong tetapi perkataan ini harus dibca dengan 3 cara iaitu :

a.     Wasal iaitu menyambung bacaan dengan tidak memanjangkan سَلَاسِلَا dengan sebarang harakat.

b.     Waqaf iaitu berhenti pada سَلَاسِلَا dengan memanjangkannya 2 harakat pada ـلَا, seolah-olah ia memakai tanda bujur tegak (yang diwakafkan dengan 2 harakat).

c.      Waqaf pada huruf Lam dengan mengabaikan huruf alif ziadah )اْ). Maka سَلَاسِلَا diwaqafkan dengan sukun lam سَلَاسِل, sesuai dengan keadaan ia memakai tanda bujur serong.

Apa yang boleh disimpulkan dari perkataan ini adalah ia boleh dikategorikan sebagai perkataan yang memakai tanda bujur tegak (waqaf dengan Mad Asli), bujur serong (waqaf dengan sukun semata-mata), atau kedua-duanya sekali.

ii.            Perkataan قَوَارِيرَاْ pada ayat 15 dan 16 surah Al-Insan :

عَلَيهِم بِــــــــــــئَانِيَةٍ مِّن فِضَّةً كَانَتْ قَوَارِيرَاْ (14) قَوَارِيرَاْ مِن فِضِّةٍ ……(15) وَأَكْوَابٍ وَيُطَافُ

Terdapat dua perkataan  قَوَارِيرَاْ  yang menggunakan symbol yang berlainan. Yang pertama menggunakan symbol bujur tegak. Maka cara bacaannya ialah :

- Dipanjangkan ketika waqaf dengan 2 harakat tetapi tidak panjang pada wasal.

Yang kedua pula, menggunakan symbol bujur serong. Maka ini menunjukkan ia tidak dipanjangkan sama sekali kerana ia ada pada tulisan sahaja tetapi diabaikan pada bacaan. Perkataan ini harus dibaca dengan beberapa cara berikut :

a.     Wakaf pada قَوَارِيرَاْ pertama dengan memanjangkannya sekadar 2 harakat dan wasal pada قَوَارِيرَاْ kedua tanpa memanjangkannya seperti :

قَوَارِيرَا (14) قَوَارِيرَ

b.     Wasal pada قَوَارِيرَاْ pertama dan قَوَارِيرَاْ kedua dengan tidak memanjangkan kedua-duanya seperti :

قَوَارِيرَ (14) قَوَارِيرَ

c.      Waqaf pada قَوَارِيرَاْ yang kedua dengan tidak memanjangkan قَوَارِيرَاْ pertama, mengabaikan اْ (alif tambahan) pada قَوَارِيرَاْ yang kedua dan disukunkan (ر) seperti :

قَوَارِيرَ (14) قَوَارِير

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: