Just another WordPress.com site

1.1 PENGERTIAN

Perkataan `Aridh dari segi bahasa bermaksud yang mendatang. Lis Sukun pula bermaksud kerana sukun. Ini kerana mad ini terjadi kerana adanya sukun yang didatangkan.

Dari segi istilah Mad `Aridh Lis Sukun ialah mad yang berlaku disebabkan pertemuan huruf mad dengan sukun yang terhasil akibat waqaf.

1.2 CONTOH

Contoh-contah mad ini adalah seperti berikut:

مَلِكِ ٱلنَّاسِ

قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ

ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Perkataan  الرحيم  pada الرحيم  الرحمن   pada asalnya adalah dipanjangkan secara Mad Asli dengan 2 harakat atau jika disambungkan bacaan dengan ayat selepasnya. Akan tetapi jika seeorang itu memilih untuk memberhentikan bacaan (waqaf) pada perkataan الرحيم maka huruf mim yang pada asalnya kasrah akan disukunkan. Keadaan seperti inilah  yang dimaksudkan sebagai huruf mad bertemu dengan sukun yang didatangkan (`Aridh) kerana wakaf. Begitu jugalah keadaannya pada perkataan الكافرون danالناس  pada contoh-contah di atas tadi.

1.3 KADAR HARAKAT

Kadar harakat mad ini adalah : dua, empat atau enam harakat. Kadar dua harakat itu sesuai untuk mereka yang membaca Al-Quran secara Tadwir (sederhana dam kadar enam harakat pula sesuai untuk mereka yang membaca Al-Quran secara Tartil (perlahan) atau Tahqiq.

1.4 HUKUM MAD INI

Mad `Aridh adalah mad yang Jaiz atau harus tentang hukum pemanjangannya. Ini kerana mad ini perlu dibaca dengan 2,4 atau 6 di sisi Qurra’.

1.5 PENAMAAN

Dinamakan mad ini sebagai Mad `Aridh Lis Sukun kerana sukun pada huruf yang diwakafkan selepas huruf mad itu adalah didatangkan. Jelasnya, sukun itu datang kerana tujuan waqaf (memberhantikan bacaan), sedangkan jika diwasalkan ia dipanjangkan dengan kadar mad Asli sahaja.

1.6 KEADAAN-KEADAAN MAD `ARIDH LIS SUKUN

Mad `Aridh Lis Sukun ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi ia adalah mad yang berlaku dengan sebab adanya huruf yang diwaqafkan selepas mad itu. Huruf-huruf yang diwaqafkan itu pula ada yang pada asalnya berbaris Fathah, Kasrah atau Dhommah. Mad yang datang sebelum huruf yang diwakafkan itu pula mempunyai jenis hurufnya yang asal. Maka di sini dinyatakan satu persatu keadaan Mad `Aridh itu beserta contoh dan cara-cara pemanjangan masing-masing.

I. Mad `Aridh yang berasal dari Mad Asli

Mad Asli adalah sesuatu yang dipanjangkan dengan kadar 2 harakat,tetapi apabila huruf selepas Mad Asli itu diwaqafkan maka mad itu bertukar Mad `Aridh.

Bentuk bacaan Mad `Aridh yang berasal dari mad asli harus dibaca dengan 14 cara dalam 3 keadaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah:

a)      Tiga cara bacaan jika huruf akhir berbaris Fathah seperti

1.      2 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض)

2.      4 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja( سكون محض)

3.      6 beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض)

b)      Empat cara bacaan jika huruf akhir berbaris Kasrah seperti:

1.      2 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض)

2.      4 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض)

3.      6 beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض)

4.      2 harakat beserta raum (روم)

c)      Tujuh cara bacaan jika huruf akhir berbsaris Dhommah seperti:

1.      2 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض)

2.      4 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja(سكون محض)

3.      6 beserta sukun huruf akhir sahaja(سكون محض)

4.      2 harakat dengan sukun beserta isymam (اشمام)

5.      4 harakat dengan sukun beserta isymam     (اشمام)

6.      6 harakat dengan sukun beserta isymam  (اشمام)

7.      2 harakat beserta raumروم) )

Bacaan raum hanya pada dua harakat sahaja kerana ia menyerupai bacaan  wasal.

II. Mad `Aridh yang berasal dari Mad Badal

Mad Badal ialah Hamzah yang bertemu huruf mad dalam satu perkataan. Kadar panjang Mad Badal adalah 2 rakaat seperti mad Asli juga. Apa yang hendak diperluaskan di sini keadaan Mad Badal itu apabila ia diwaqafkan huruf selepasnya yang menyebabkan ia bertukar menjadi Mad `Aridh. Perkaraan-perkataan Mad Badal yang akan bertukar menjadi Mad `Aridh adalah seperti berikut:

Bentuk bacaan bagi mad badal `Aridh Lis sukun ada 14 cara kesemuanya:

a)      Tiga cara yang harus dibaca bagi yang berbaris Fathah akhirnya seperti perkataan اسرائيل iaitu: 2,4 dan 6 harakat beserta (سكون محض)iaitu huruf akhir sahaja.

b)      Empat cara yang harus dibaca bagi yang berbaris Kasrah akhirnya seperti perkataan مئاب iaitu; 2, 4 dan 6 harakat beserta (سكون محض) iaitu sukun akhir sahaja dan 2 harakat beserta raum روم) ).

c)      Tujuh cara yangharus dibaca bagi yang berbaris Dhommah akhirnya seperti perkataan رءوفٌُ iaitu: 2, 4 dan 6 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja (سكون محض), 2 harakat beserta raum dan 2,4 dan 6 harakat beserta isymam. (اشمام)

III. Mad `Aridh yang berasal dari Mad muttasil

Kesemua bentuk bacaan bagi mad muttasil `Aridh Lis sukun itu ada 16 cara iaitu:

a)      Tiga cara bacaan bagi waqaf pada hamzah berbaris Fathah seperti perkataaan == iaitu 4, 5 dan 6 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja

b)      Lima cara bacaan bagi waqaf pada hamzah berbaris Kasrah seperti perkataan = iaitu 4,5 dan 6 harakat beserta sukun akhir dan 4 dan 5 harakat beserta raum

c)      Lapan  cara bacaan bagi waqaf pada hamzah berbaris Kasrah seperti perkataan = iaitu 4,5 dan 6 harakat beserta sukun akhir dan 4 dan 5 harakat beserta raum.

Dari penjelasan bentuk-bentuk bacaan tadi dapat disampulkan bahawa bacaan isymam dikhususkan bagi baris dhommah sahaja. Bacaan raum pula bagi kasrah dan dhommah. Bacaan sukun huruf akhir sahaja pula untuk ketiga-tiga baris fathah, dhommah dan kasrah.

IV. Mad `Aridh pada ta’ Marbutah/ ha’ Ta’nis (ta’ simpul)

Perkataan-perkataan yang diwaqafkan pada ta’ Marbutah yang didahului huruf Mad Asli itu tidak harus diwaqafkan secara isymam atau raum pada semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah. Maka jika berlaku sukun `aridh (sukun yang didatangkan) pada ta’ marbutah seperti:

Sama ada ia berbaris fathah, kasrah, atau dhommah kesemuanya dibaca dengan sukun sahaja tanpa raum atau isymam.

Oleh itu,bentuk bacaan bagi mad `Aridh pada ta’ Marbutah atau juga digelar ha’ ta’nis ketika waqaf itu ada 3 bentuk sahaja iaitu: 2, 4 atau 6 harakat beserta sukun akhir sahaja bagi semua keadaan baris fathah, kasrah dan dhommah.

V. Mad `aridh pada ha’ dhomir (ha’ simpul)

Perkataan-perkataan yang diwaqafkan pada Ha’ dhomir atau Ha, Simpul (ha’ ganti nama) yang bermakna ‘nya” merujuk kepada seorang lelaki yang didahului huruf  mad, harus diwaqafkan secara isymam atau raum pada semua keadaan kasrah dan dhommah. Walau bagaimanapun ha’ simpul tidak mungkin berbaris fathah kerana ia hanya akan datang dengan dhommah dan kasrah sahaja, seperti:

Di sini disimpulkan bentuk bacaaan bagi Mad `Aridh pada Ha’ dhomir ketika waqaf yang mempunyai 11 bentuk:

a)      Empat bentuk bacaan bagi Ha Simpul yang berbaris kasrah iaitu 2, 4 atau 6 harakat beserta sukun huruf akhir sahaja 2 harakat beserta raum.

b)      Tujuh bentuk bacaan bagi Ha’ Simpul yang berbaris dhommah iaitu 2, 4, atau 6 harakat beserta isymam dan 2 harakat beserta raum. Begitu juga bagi huruf Ha’ simpul yang yang didahului huruf lin seperti  عَلَيْهِ jika diwaqafkan dengan raum, mestilah pada 2 harakat sahaja.

Walau bagaimanapun, para Qurra’ berselisih pendapat dalam menentukan bentuk bacaan bagi Ha’ Simpul yang diwaqafkan padanya. Ada di kalangan Qurra’ yang mengharuskan raum dan isymam dan ada yang tidak mengharuskannya.([1](


[1] Mahmod `Ali Bassah, kitab  العميد: m/s: 106-108

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: