Just another WordPress.com site

Mad Asli yang berlaku pada Wasal  ((وصل :

Mad Silah Sughra / Mad Silah Qoshiroh.

صلة : Sambung

صغري : Kecil (Tiada Hamzah)

اصطلاحا : Mad yang berlaku pada huruf “Ha Dhomir”  apabila terletak diantara 2 huruf berbaris dan tiada huruf Hamzah selepasnya.

Ha’ Dhomir juga dinamakan Ha’ Kinayah (Gelaran) : Ha’ Simpul yang digunakan dalam tatabahasa arab yang menunjukkan gantinama diri ketika yang member makna “nya” serta menunjukkan kepada sesuatu yang muzakkar (  مذكر)  atau masculine (Lelaki) seperti له  atau به.

Contoh :

#بلى إن ربه كان به بصيرا) الانشقاق : 15 )

Ÿ ولا مولود له بولده وعلى الوارث مثل ذلك. ( البقرة : 233 )

Dibaca panjang 2 harakat jika disambung(wasal) dikeranakan ada 2 huruf yang berbaris. Tetapi jika di waqofkan, maka hanya dibaca pendek.

Dikhususkan Ha’ Simpul yang terletak di antara 2 huruf yang berbaris sahaja, memendangkan terdapat juga Ha’ simpul yang terletak diantara salah satu sahaja yang berbaris, atau kedua-duanya tidak berbaris.

Contoh :

Sebelum Ha’ Simpul tidak berbaris.

(قل قتال فيه كبير ) البقرة : 217 )

Selepas Ha’ Simpul tidak berbaris.

مخلصا له الدين. ( الزمر : 2 )

Sebelum dan selepas Ha’ Simpul tidak berbaris.

7بكلمة منه اسمهه ( آل عمران : 45 )

Tanda Pengenal :

Bagi Ha’ Simpul yang dibaca 2 harokat itu, pasti terdapat padanya tanda و kecil selepas Ha’ yang berbaris dhommah.

Dan terdapat ي  kecil selepas Ha’ yang berbaris kasrah.

الاثتثناء :

ôيضعف له العذاب يوم القيامة ويخلد فيه مهانا. ( الفرقان : 69 )

Dibaca Mad silah Sughra.

وإن تشكروا يرضه لكم. (الزكر : 7 )

Tidak dibaca Mad Silah Sughra.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: