Just another WordPress.com site

Mad Lin (Aridh Lis-Sukun)

Mad Lin adalah termasuk dalam kategori Mad ‘Aridh Lis-Sukun kerana ia berlaku pada keadaan memberhentikan bacaan (waqaf). Sukun yang berlaku pada selepas huruf Lin itu juga adalah sukun yang diadakan kemudian (‘aridh). Cuma ia bukan berasal dari huruf mad yang tiga itu tetapi ia berasal dari dua huruf Lin yang diwaqafkan huruf selepasnya. Huraiannya adalah seperti berikut:

v PENGERTIAN

Dari segi bahasa, Lin bermaksud lembut atau lunak. Ini adalah kerana sukun yang berlaku pada huruf Lin tidak tertahan suaranya, tetapi ia dilafazkan dengan tekanan suara yang lembut dan lunak seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Dari segi istilah pula, Mad Lin bermaksud pertemuan huruf Lin dengan sukun ‘aridh (yang didatangkan) kerana waqaf.

v HURUF LIN

Huruf Lin ada dua iaitu wau dan ya’ yang sebelumnya berbaris fathah seperti: قُرِيْشٍ dan  خَوْفٍ. Ia hanya dikira sebagai Mad Lin jika diwaqafkan bacaan padanya. Jika diwasalkan ia kekal sebagai huruf Lin sahaja.

Mad Lin itu sama sahaja dengan Mad ‘Aridh, cuma Mad Lin tidak dipanjangkan pada keadaan wasal, sebaliknya Mad ‘Aridh pada ketika wasal ia dibaca dengan madnya yang asal iaitu Mad Asli. Sesetengah ulama’ mengatakan cirri Lin itu mempunyai kadar panjangnya yang tersendiri, yang berlaku secara tabiat semulajadi penyebutan Lin itu.

v CONTOH-CONTOH:

Contoh dapat kita lihat pada surah Quraish seperti berikut:-

لإيلافِ قُرَيْشٍ (١)إِيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (٢)فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (٣)الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (٤)

Perkataan قُرَيْشٍ  pada asalnya adalah huruf Lin yang huruf selepasnya berbaris kasrataan. Tetapi jika seseorang itu memilih untuk memberhentikan bacaan (waqaf) pada perkataan قُرَيْشٍ  maka huruf syin yang asalnya berbaris akan disukunkan. Keadaan seperti ini yang dimaksudkan sebagai huruf Lin bertemu dengan sukun yang dibawa dating kerana waqaf. Begitu jugalah keadaannya pada perkataanالصَّيْفِ   dan خَوْفٍ   pada contoh di atas, di mana pada keadaan asal dan wasal ia adalah huruf Lin dan pada keadaan waqaf ia menjadi Mad Lin.

v KADAR HARAKAT

Kadar harakat Mad Lin adalah dua, empat atau enam harakat kerana ia adalah sebahagian dari Mad ‘Aridh.

v HUKUM MAD LIN:

Oleh kerana Mad Lin adalah sebahagian dari Mad ‘Aridh maka hokum pemanjangannya juga adalah sama dengan Mad ‘Aridh iaitu Jaiz atau harus hokum pemanjangannya. Ini kerana Mad ini harus dibaca dengan 2,4 atau 6 harakat di sisi para Qurra’.

v PENAMAAN:

Dinamakan Mad ini sebagai Lin kerana adanya huruf Lin yang mendahului sukun ‘Aridh (sukun yang dibawa dating) pada huruf yang diwaqafkan itu.

v BENTUK BACAAN MAD LIN (‘ARIDH LIS SUKUN)

Bentuk bacaan Mad Lin sama dengan bentuk bacaan Mad ‘Aridh yang berasal dari Mad Asli seperti yang telah dijelaskan pada perenggan sebelum ini iaitu ada 14 cara dalam 3 keadaan seperti berikut:

a)    Tiga cara harus dibaca bagi huruf Lin yang berbaris Fathah akhirnya seperti perkataanعَلَيْكَ  iaitu: 2,4 dan 6 harakat berserta sukun huruf akhir sahaja .

b)    Empat cara yang harus dibaca bagi huruf Lin yang berbaris Kasrah akhirnya seperti perkataan iaitu: 2,4, dan 6 harakat berserta sukun huruf akhir sahaja () dan harakat berserta raum ().

c)     Tujuh cara yang harus dibaca bagi huruf Lin yang berbaris Dhommah akhirnya seperti perkataan iaitu: 2,4 dan 6 harakat berserta sukun huruf akhir sahaja (), 2 harakat berserta raum () dan 2,4 dan 6 harakat berserta isymam ().

Para Qurra’ berselisih pendapat dalam menentukan kadar bacaan raum pada Mad Lin kerana raum di sini dating dengan 2 harakat sahaja. Perkara ini timbul kerana penafsiran yang berbeza terhadap apa yang disebutkan oleh Imam Syatibi di dalam kitabnya; “bahawa Mad Lin yang dibaca dengan 2 harakat hendaklah digugurkan madnya”. Ada yang menafsirkan gugur mad bacaan secara 2 harakat, dan ada yang menafsirkannya sebagai tanpa mad secara keseluruhan. Di sini timbul persoalan, adakah yang diucapkan dengan 2 harakat berserta sukun sahaja pada Mad Lin itu adalah pemanjangan Lin atau pemanjangan Mad.

Permasalahan ini lebih ketara lagi pada persoalan Mad Lin yang dibaca berserta raum. Sebahagian ulama’ mengatakan raum pada Mad Lin dibaca tanpa harakat kerana raum itu sama dengan wasal, di mana huruf Lin tidak dipanjangkan langsung ketika wasal. Sebahagian Ulama’ npula mengatakan raum pada Mad Lin dibaca dengan pemanjangan yang terdapat pada cirri Lin itu sendiri. Kadarnya adalah terkurang sedikit dari Mad Asli kerana Lin dari segi pengucapannya tidak dapat dielak dari kesan pemanjangan suara, maka pemanjangan itu adalah secara semulajadi.

Apa yang hendak dijelaskan di sini ialah pengucapan Mad Lin berserta raum ini adalah agak sukar, di mana seseorang itu mestilah dapat menggabungkan antara sebutan baris bagi raum, Lin dan kadar 2 harakat. Sebutan ini hanya dapat dikuasai dengan tepat jika seseorang itu mengambilnya dengan cara talaqqi dari sebutan guru yang mengetahuinya.سكون محض


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: